Friday, June 10, 2011

Ada Apa Dengan Melly?

"Jika teringat tentang dikau,
Jauh di mata dekat di hati..."

Aku pasti ramai di antara korang yg kenal sangat dengan lirik lagu tu. FYI, itu adalah petikan lirik lagu Jika nyayian Melly Goeslaw & Ari Lasso. Lagu itu juga dicipta oleh beliau sendiri, Melly Goeslaw. Melly ini adalah seorang anak manusia yg sangat aku kagumi dan hormati. Bagi korang yg dah kenal aku, korang mesti faham sangat kenapa aku suka giler dengan Melly. Bagi yg tidak begitu mengenali diri aku, mesti korang pelik kenapa aku kata Melly adalah satu inspirasi. Ada apa dengan Melly? Sebelum aku rungkaikan perkara ini satu persatu, mari kita berkenalan dengan manusia genius ini.


Mellyana Goeslaw Hoed, atau lebih mesra dikenali sebagai Melly Goeslaw, ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan produser yg tersohor di Indonesia. Dilahirkan di Bandung pada 7 Januari 1974, beliau telah mencipta fenomena di Indonesia dengan hasil karyanya yg eksentrik dan provokatif menerusi bandnya, Potret. Band itu turut dianggotai oleh suaminya, Anto Hoed dan sahabat baiknya, Arie Ayunir (kini digantikan oleh Aksan Sjuman).

Kemudian Melly telah melonjakkan dirinya pada aras A-class dengan menciptakan dan menyanyikan lagu Jika, bersama dengan Ari Lasso, bekas vokalis Dewa 19. Dengan kejayaan itu, beliau telah mula dikenali bukan sahaja di Indonesia, ,malah di Malaysia, Singapura dan Brunei. Kemudian beliau telah mencipta satu lagi fenomena yg aku kira terhebat sepanjang karier beliau, iaitu menjadi produser bersama Anto Hoed untuk album soundtrack filem Ada Apa Dengan Cinta?. Sejak dari itu, beliau mula dikenali sebagai ratu soundtrack. Pelbagai filem telah beliau ciptakan soundtracknya, dari Eiffel... I'm In Love, Tentang Dia, Apa Artinya Cinta, Heart, Bukan Bintang Biasa The Movie, The Butterfly, Ayat-Ayat Cinta, Nagabonar 2, Chika, Ketika Cinta Bertasbih, Cicakman 2, Heart 2 Heart, Kabayan Jadi Milyuner dan yg terbaru, Love Story.

Lagu-lagu ciptaan dia juga turut dinyanyikan oleh artis-artis lain. Antara karya beliau yg berjaya ialah Tegar nyanyian Rossa, Menghitung Hari nyanyian Krisdayanti, Hanya Memuji nyanyian Shanty & Marcell, dan juga Biarlah Rahsia, nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. (Sebenarnya banyak sangat, malas nak taip =P)

Ada Apa Dengan Melly?

OK, sekarang kita berbalik semula kpd topik utama. Kenapa aku suka sangat dengan seorang yg bernama Melly Goeslaw? Pertama sekali, aku sangat mengagumi kebijaksanaannya untuk menciptakan melodi yg indah dan sangat memikat hati, tanpa menggunakan sebarang instrumen muzik. Melly memang tidak pandai bemain alat muuzik. Cukup sekadar humming, maka terhasillah melodi yg merdu seperti Sampai Ku Menutup Mata (Acha), Jangan Pernah Berubah (Marcell) dan Apa Artinya Cinta (Melly & Ari Lasso).

Menyentuh mengenai lirik pula, ada yg biasa-biasa, ada juga yg luar biasa. Melly tidak menggunakan istilah yg terlalu bombastik mahupun ayat yg terlalu berbunga-bunga. Cukup sekadar disuntikkan elemen falsafah. Antara lirik karyanya yg luar biasa ialah seperti di dalam lagu Apa Artinya Cinta:

"Di matamu ku melihat,
Ada cinta yang tersirat..."

Bagi yg pernah "melihat" cinta pada mata seseorang, mesti korang akan rasa betapa mendalamnya lirik ni. begitu juga di dalam lagu Dahsyat:

"Sebuah peristiwa cinta terjadi,
Dan harus terjadi,
Karena ini yg ku inginkan,
Sejarak hidup ini..."

Falsafah yg cuba diketengahkan melalui lirik ini ialah apabila sesuatu perkara sudah terjadi, dan kita tahu bahawa sememangnya kita menginginkannya terjadi, namun masih ada keraguan, maka teruskanlah, biarkan sahaja perkara itu terjadi. Memang selama ini itu yg kita inginkan. Cuba korang amati pulak lirik lagu Ketika Cinta Bertasbih ni:

"Garis tangan tergambar,
Tak bisa aku menentang..."

Kali ini, Melly menggunakan metafora. Garis tangan yg tak mampu ditentang itu ialah takdir hidup yg sememangnya tak mampu dilawan. Lirik lagu Butterfly pulak:

"Butterfly, terbanglah tinggi,
Setinggi anganku untuk meraihmu,
Memeluk batinmu,
Yang sempat kacau karena merindu..."

Tergambar jelas elemen eskapismenya di dalam lagu tersebut. Keinginan untuk memiliki itu terlalu tinggi sehingga menggoyahkan emosi. Di dalam Potret, lirik-lirik Melly adalah lebih gila dan provokatif, tapi genius. Cuba korang tengok lirik lagu Kentut Siapa? (Yes, I am not to be kiddin' you...).

"Diam-diam kucium aroma busuk
Kentut siapa mengaku saja, Jangan malu dari pada kau pusing,
Saling menuduh saling bertanya..."

Gross. Tapi apa yg cuba ditelanjangkan adalah lebih gross daripada tu. Lirik ni sebenarnya adalah metafora kpd manusia dan pemimpin-pemimpin politik yg berhati busuk, lambat laun akan diketahui juga. Macam bau kentut. cheh... Tapi ada jugak lirik Potret yg sangat "manis". Contohnya di dalam lagu Bunda, sebuah lagu yg agak legend di Indonesia.

"kata mereka diriku slalu dimanja
kata mereka diriku slalu ditimang..."

"nada nada yang indah
slalu terurai darinya
tangisan nakal dari bibirku
takkan jadi deritanya..."

Secara tipikalnya, lirik-lirik lagu yg berunsur kasih sayang ibu cenderung untuk menjurus kepada luahan rasa pengorbanan dan mendayu-dayu. Namun lirik Melly ternyata sangat realistik, sepertinya dia membacakan sebuah diari kehidupan. Itulah hebatnya seorang yg bernama Melly.

Faktor seterusnya ialah kuantiti lagi ciptaannya. Korang bayangkan, dalam satu album secara tipikalnya mengandungi 10 buah lagu, dan kesepuluh-sepuluh lagu tersebut (bersama dengan lirik) dicipta oleh penyanyinya sendiri. Itulah yg telah dilakukan oleh Melly. Setakat ini, Melly telah menghasilkan sebanyak 17 buah album (kalau tak salah aku) sejak 1996. Ditambah lagi dengan lagu-lagu yg diciptakan oleh penyanyi lain, dan sebanyak 80% lagu-lagu ciptaannya menjadi hit! Actually, ada satu dua lagu yg dinyanyikan Melly adalah ciptaan orang lain, namun bilangannya boleh dihitung dengan jari, tak sampai 10 buah lagi pun.

Dan faktor yg terakhir sekali ialah, betapa lagu2 ciptaan Melly telah menjadi soundtrack kehidupan aku sejak aku berumur 10 tahun (sejak aku kenal lagu Jika, tahun 2000). Setiap lagunya mengingatkan aku pada kenangan dan moment terindah yg pernah aku miliki. Bila aku rasa sunyi dan bosan (sebab aku tak banyak kawan...), suara Mellylah yg menjadi peneman setia aku.

Seringkali orang mempersoalkan minat aku terhadap Melly
(mungkin anda yg membaca aritkel ini juga termasuk). Ada yg kata aku tidak cool, takde taste, jiwang dan macam-macam lagi (hati manusia memang busuk...). Mungkin Melly bukan seorang artis yg terlalu cantik, tapi bukan itu yg menjadi ukuran aku. Obsesiku terhadap Melly bukan seperti mereka yg terkinja-kinja terhadap Justin Bibir (betul ke aku eja ni? haha...), tetapi mind&soulnya yg membuatkan aku terus menerus setia meminati karyanya. Semakin aku membesar, semakin aku mampu menilai, bahawa kita tidak perlu untuk menjadi hipokrit dengan meminati semua benda yang cool sahaja. Apa yg lebih penting ialah kita rasa selesa dengan diri kita dan menjadi diri sendiri. GTH kepada mereka yg sering menilai dan menghukum, tetapi tidak pernah memahami. Maka demikian itu merekalah sebenarnya yg tasteless. Music is universal, it shouldn't be discriminated.

Kepada Melly Goeslaw, kalau kamu terbacakan artikel ini, aku ucapkan terima kasih atas segalanya. Sememangnya kamu menjadi inspirasi aku. Sekian. =)

4 comments:

airul_chobits said...

eh, sme la kite..haha..minat la dgn melly..lagu duet dye dgn opick tu best giler kowt..huhu

AXRUL*IXXAT said...

huhu. BTW, lagu Takdir 2 Opick yg buat... =)

airul_chobits said...

owh..yeke? dua2 pon berkebolehan besar..suke melly ngn opick =)

AXRUL*IXXAT said...

aku ske gak opick. mostly lgu dy best2. mcm lgu dealova...